|
Islam -
Ingat Mengingati
|
|
Monday, 09 March 2009 00:00 |
“Happy Birthday Nabi.” Ucap orang ramai kepada Rasulullah dalam satu perarakkan menyambut hari kelahiran Rasulullah.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan Rasulullah ketika itu, jika ada pengikutnya mengucapkan ucapan di atas kepada baginda. Siapa kata kita tidak sayang dan cinta pada baginda. Tetapi adakah dengan cara berarak dan membazir duit dengan membeli pelbagai kelengkapan perarakan itu sudah terbukti kita menyayangi baginda. Realistik sedikit!
Sayang dan cinta kepada baginda Muhammad s.a.w bukan dengan berarak. Tetapi untuk membuktikan kita sayang dan cinta kepada baginda adalah dengan mengikuti setiap perkara yang baginda lakukan. Manakala setiap perkara yang baginda larang, kita jauhi sejauh yang mungkin. Itu baru kena caranya.
Kata Allah, “Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Aali Imraan (3) : 31
Lagi kata Allah, “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” al-Ahzaab (33) : 21
Article Dari :- Paradigma Read 0 Comments... >> |
|
|
Islam -
Kisah & Peristiwa
|
|
Friday, 13 March 2009 06:34 |
Katakanlah (wahai Muhammad):
Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Read 0 Comments... >> |
|
Read more...
|
|
Islam -
Ingat Mengingati
|
|
Friday, 13 March 2009 06:19 |
|
Kata Tuhan, Kuatkanlah iman wahai manusia, Tali Allah tali agama, Hidayah Allah pastikan tiba, Membawa barakah hingga ke Syurga.
Kata Tuhan, Berpeganglah kamu pada agama, Setialah kamu pada Rasul-Nya, Janji Allah pastikan tiba, Indah menanti bahtera di Syurga.
Kata Tuhan, Usah manusia berbahagi-bahagi, Bagaikan gusi tidak bergigi, Jangan murka-Ku yang kau nanti, Kelak nanti kau yang rugi.
Read 0 Comments... >> |
|
Read more...
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 6 of 11 |