Laman Utama --> Zikir --> Sembahyang (Solat) --> Pertemuan dengan Cahaya
Pertemuan dengan Cahaya PDF Print E-mail
( 2 Votes, Average: 5.00 out of 5 )
Islam - Solat (Sembahyang)
Sunday, 14 December 2008 22:50
Ketika malam melabuhkan tirainya, kegelapan menjadi pekat dan manusia sedang tenggelam dibuai mimpi indah, tiba-tiba ketenangan pada waktu itu dibelah oleh pancaran rabbani dan seruan kudus daripada Tuhan sekalian alam yang melaungkan:

Sembahyang lebih baik daripada tidur! (As-Salatu khayru min an-naum)

Ketika itu, jiwa yang beriman bangkit menyahut panggilan tersebut. Ia mengalahkan syaitan dan menentang kemalasan, untuk dia pergi melakukan pertemuan yang paling baik. Ia adalah pertemuan dengan cahaya.

Kerana Allah swt mengasihi orang yang bersembahyang, terutamanya sembahyang subuh. Dia menjadikan mereka berada di dalam perlindunganNya, memakaikan mereka dengan cahayaNya dan menjaga mereka dengan penjagaanNya.
Sesiapa yang bersembahyang subuh, maka dia berada di dalam jagaan Allah. Allah akan memberikan cahaya kepada hatinya, melapangkan dadanya dan dia akan dapat menghirup bayu yang paling baik.

Comments

B
i
u
Quote
Code
List
List item
URL
Name *
Email (For verification & Replies)
URL
Code   
ChronoComments by Joomla Professional Solutions
Submit Comment
 
FREE PALESTINE


Visitors

Total: 12954



JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval